Sony Xperia Z5 Dual - Mengurus aksesori

background image

Mengurus aksesori

Gunakan aplikasi Smart Connect™ untuk mengurus pelbagai aksesori pintar yang anda

boleh sambung ke peranti anda, termasuk Xperia™ SmartTags, jam siri SmartWatch

atau set kepala wayarles daripada Sony. Smart Connect™ memuat turun sebarang

aplikasi yang perlu dan turut mencari aplikasi pihak ketiga, apabila tersedia. Aksesori

yang pernah disambungkan dahulu ditunjukkan dalam senarai yang membolehkan anda

mendapat maklumat lanjut tentang ciri setiap aksesori.

Untuk memasangkan dan menyambungkan aksesori

1

Mulakan aplikasi Smart Connect™. Jika anda membuka Smart Connect™ untuk

kali pertama, ketik

OK untuk menutup skrin pengenalan.

2

Ketik

Aksesori, kemudian ketik .

3

Hidupkan fungsi Bluetooth® jika ia belum dihidupkan, kemudian ketik nama

peranti yang anda mahu pasangkan dan sambungkan.

4

Jika perlu, masukkan kod laluan, atau sahkan kod laluan yang sama pada kedua-

dua peranti anda dan aksesori.

Untuk menyelaraskan tetapan untuk aksesori disambungkan

1

Pasangkan dan sambungkan aksesori dengan peranti anda.

2

Mulakan aplikasi Smart Connect™.

3

Ketik

Aksesori, kemudian ketik nama aksesori yang disambungkan.

4

Laraskan tetapan yang diinginkan.