Sony Xperia Z5 Dual - Menu skrin laman utama album

background image

Menu skrin laman utama album

Dari menu skrin utama Album, anda dapat menyemak imbas album foto anda, termasuk

foto dan video yang diambil menggunakan kesan khas, serta kandungan yang anda

kongsi dalam talian melalui perkhidmatan seperti Picasa™ dan Facebook. Sebaik sahaja

anda dilog masuk ke platform tersebut, anda boleh menguruskan kandungan dan

melihat imej dalam talian. Daripada aplikasi Album, anda turut boleh menambahkan

geoteg pada foto, melaksanakan tugas penyuntingan asas dan menggunakan kaedah

seperti teknologi wayarles Bluetooth® dan e-mel untuk berkongsi kandungan.

1

Kembali ke skrin laman utama aplikasi Album untuk melihat semua kandungan

2

Lihat foto dan video kegemaran anda

3

Lihat semua video yang disimpan pada peranti anda

4

Lihat foto anda pada peta atau dalam mod Glob

5

Lihat semua foto dan video yang diambil dengan kamera peranti anda menggunakan kesan khas

6

Lihat semua foto dan video yang disimpan pada peranti anda dalam folder yang berbeza.

7

Lihat semua foto yang mengandungi muka

8

Lihat foto dan video pada peranti lain dalam rangkaian yang sama

9

Buka menu tetapan untuk aplikasi Album

10 Buka sokongan web

11 Lihat foto daripada perkhidmatan dalam talian