Mengapakah saya memerlukan akaun Google™?
Peranti Xperia™ anda daripada Sony dijalankan pada platform Android™ yang
dibangunkan oleh Google™. Pelbagai aplikasi dan perkhidmatan Google™ tersedia
pada peranti anda apabila anda membelinya, contohnya, aplikasi Gmail™, Google
Maps™, YouTube™ dan Play Store™, yang menyediakan akses kepada kedai dalam
talian Google Play™ untuk memuat turun aplikasi Android™. Untuk mendapatkan
manfaat sepenuhnya daripada perkhidmatan ini, anda memerlukan akaun Google™.
Sebagai contoh, akaun Google™ membolehkan anda untuk melakukan semua perkara
berikut:
•
Memuat turun dan memasang aplikasi daripada Google Play™.
•
Selaraskan e-mel, kenalan dan kalendar anda menggunakan Gmail™.
•
Bersembang dengan rakan menggunakan aplikasi Hangouts™.
•
Segerakkan sejarah semak imbas dan penanda halaman anda dengan menggunakan
penyemak imbas web Google Chrome™.
•
Mengenal pasti diri anda sebagai pengguna yang sah selepas pembaikan perisian
menggunakan Xperia™ Companion.
•
Mencari, mengunci atau mengosongkan peranti yang hilang atau dicuri secara kawalan
jauh menggunakan my Xperia™ atau perkhidmatan Pengurus Peranti Android™.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Android™ dan Google™, pergi ke
http://support.google.com
.
Ia sangat penting anda mengingati nama pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda.
Dalam beberapa situasi, anda mungkin perlu memperkenalkan diri anda di atas sebab-sebab
keselamatan menggunakan akaun Google™ anda. Jika anda gagal memberikan nama
pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda di dalam situasi ini, peranti anda akan dikunci.
Selain itu, jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun Google™, pastikan anda
memasukkan butiran yang berkenaan untuk akaun tersebut.
Untuk menyediakan akaun Google™ pada peranti anda
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Penyelarasan akaun > Tambah akaun > Google.
3
Ikut wizard pendaftaran untuk mencipta akaun Google™ atau daftar masuk jika
anda sudah mempunyai akaun.
Anda juga boleh mencipta akaun Google menggunakan panduan persediaan apabila kali
pertama anda memulakan peranti anda atau pergi dalam talian kemudian dan cipta akaun di
www.google.com/accounts
.
11
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk mengalih keluar akaun Google™
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Ketik
Tetapan > Akaun > Google.
3
Pilih akaun Google™ yang anda hendak alih keluar.
4
Ketik >
Alih keluar akaun.
5
Ketik
Alih keluar akaun sekali lagi untuk mengesahkannya.
Jika anda mengalih keluar akaun Google™ anda, sebarang ciri keselamatan yang terpaut
dengan akaun Google™ anda tidak lagi akan tersedia.
Jika anda meminjamkan peranti anda kepada seseorang untuk digunakan bagi tempoh masa
tertentu, anda disyorkan untuk mengalih keluar akaun Google™ anda daripada peranti
tersebut.
12
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.