Senarai main
Pada skrin utama Muzik, anda boleh membuat senarai main anda sendiri daripada muzik
yang disimpan pada peranti anda.
104
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk mencipta senarai main anda sendiri
1
Dari skrin utama Muzik, sentuh terus nama album atau lagu yang mahu
ditambahkan pada senarai main.
2
Dalam menu yang terbuka, ketik
Tambah ke senarai main > Wujudkan senarai
main baru.
3
Masukkan nama untuk senarai main dan ketik
OK.
Anda juga boleh membuka menu skrin laman utama Muzik, ketik
Senarai main,kemudian ketik
untuk mencipta senarai main baru.
Untuk memainkan senarai main anda sendiri
1
Buka menu Muzik, kemudian ketik
Senarai main.
2
Di bawah
Senarai main, pilih senarai main yang hendak dibuka.
3
Jika anda mahu memainkan semua lagu, ketik sebarang lagu atau
Kocok semua.
Untuk menambah lagu pada senarai main
1
Dari skrin utama Muzik, semak imbas ke lagu atau album yang mahu ditambahkan
pada senarai main.
2
Sentuh terus tajuk lagu atau album, kemudian ketik
Tambah ke senarai main.
3
Ketik nama senarai main yang ingin anda tambahkan album atau lagu itu. Album
atau lagu kini ditambahkan ke senarai main.
Untuk mengeluarkan lagu daripada senarai main
1
Dalam senarai main, sentuh terus tajuk lagu yang anda ingin alih keluar.
2
Ketik
Alih keluar daripada senarai main.
Untuk memadamkan senarai main
1
Buka menu Muzik, kemudian ketik
Senarai main.
2
Sentuh terus senarai main yang anda ingin padamkan.
3
Ketik
Padam dari storan.
4
Ketik
PADAM untuk mengesahkan.
Anda tidak boleh memadamkan senarai main pintar.