Pembatalan hingar
Peranti anda menyokong headset pembatalan hingar. Dengan menggunakan headset
pembatalan hingar dengan peranti anda, anda boleh mendapat kualiti audio yang lebih
jelas, contohnya, apabila mendengar muzik dalam suasana bising, seperti di dalam bas,
keretapi atau kapal terbang. Anda juga boleh menggunakan ciri ini untuk mencipta
suasana sunyi untuk belajar, bekerja atau membaca.
Untuk memastikan prestasi optimum, headset pembatalan hingar daripada Sony disyorkan.
71
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk menggunakan headset pembatalan hingar
1
Sambungkan headset pembatalan hingar ke peranti anda.
2
Dari
Skrin utama anda, cari dan ketik > Tetapan > Bunyi > Tetapan aksesori >
Pembatalan hingar, kemudian dayakan fungsi Pembatalan hingar dengan
mengetik penggelangsar.
3
Ketik
Jenis Set Kepala/Fon Kepala dan pilih jenis set kepala/fon kepala anda.
4
Jika anda mahu
Pembatalan hingar didayakan hanya ketika muzik atau video
dimainkan balik atau apabila skrin aktif, ketik penggelangsar
Mod jimat kuasa
untuk mendayakan fungsi ini.
5
Jika anda mahu
Pembatalan hingar didayakan selagi set kepala disambungkan,
ketik penggelangsar
Mod jimat kuasa untuk menyahdayakan fungsi ini.
Headset pembatalan hingar mungkin tidak disertakan dengan peranti anda semasa pembelian.
Anda juga boleh mendayakan fungsi
Pembatalan hingar melalui panel Pemberitahuan apabila
set kepala pembatalan hingar disambungkan ke peranti anda.
Untuk melaraskan tetapan kepada persekitaran hingar
1
Pastikan headset pembatalan hingar disambungkan ke peranti anda.
2
Dari
Skrin utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi > Tetapan aksesori >Pembatalan hingar >
Persekitaran hingar.
4
Pilih jenis persekitaran hingar berkaitan, kemudian ketik
OK.